Kanak-kanak Dan Alahan Hidung
Kebanyakkan kanak-kanak yang mengalami gejala alahan hidung, tidak pandai menyuarakan rasa sakit atau tidak selesa mereka melalui kata-kata, jadi mereka menyuarakannya melalui perubahan tingkah laku di sekolah atau di rumah seperti cepat marah dan depresi. Sesetengah kanak-kanak pula akan menjauhkan diri mereka daripada kawan-kawan kerana takut penyakit mereka akan berjangkit.
Di bawah hanyalah beberapa potensi masalah yang boleh dihidapi oleh mereka. Rawatan dan pencegahan di peringkat awal adalah penting bagi memperbaiki kualiti hidup mereka dan mengurangkan kekerapan tidak hadir ke sekolah.
-
Asthma / lelah
- Kekerapan bernafas melalui mulut apabila hidung tersumbat akan membuatkan bentuk tulang muka kanak-kanak berubah menjadi tidak normal, disusuli dengan pertumbuhan gigi yang tidak teratur.
-
Radang telinga yang boleh menyebabkan kurang pendengaran atau pekak. Sekiranya kanak-kanak tersebut sedang belajar bercakap, mereka akan mengalami masalah pertuturan.