Apa itu Akne / Jerawat?

Akne juga dikenali sebagai jerawat merupakan bintik putih atau bintik hitam (comedones), bonjol merah yang bernanah atau tidak, bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut.

pimples pimples treatment

Apakah Punca Akne / Jerawat

Saksikan video berikut, bagaimana Akne / Jerawat terjadi.

  • Liang roma tersumbat disebabkan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
  • Peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon seseorang
  • Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acne)

Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:

  • Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
  • Alat solek yang berasaskan minyak
  • Gel rambut
  • Memicit jerawat
  • Tekanan hidup
  • Mengandung
  • Sesetengah ubat-ubatan.

Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun. Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.


Mitos

Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.


Bagaimana Merawat Akne / Jerawat?

Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:

  • Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
  • 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine

Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).

Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan. Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki

Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist) kerana terdapat kesan-kesan sampingan.


Parut Akne / Jerawat

Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).


Bolehkan parut akne dirawat?

Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:

  • Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
  • Teknik laser resurfacing
  • Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
  • Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
  • Penggunaan kosmetik bagi menutup parut

Bagaimana Mencegah Akne / Jerawat?

  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
  • Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Lebihkan minum air kosong
  • Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
  • Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi

Rawatan Semulajadi untuk Akne / Jerawat

  • Minum jus buah yang diperah segar kaya dengan antioksidan dan nutrisi.
  • Teh hijau yang kaya dengan nutrisi, termasuk polifenol dan antioksidan, ubat anti-bakteria yang kuat. Teh hijau juga boleh mengeluarkan toxin yang menyebabkan jerawat.
  • Air sangat penting untuk memastikan bahawa semua sel-sel tubuh, termasuk pori-pori, dapat membuang sisa kotoran yang terperangkap.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah membantu tubuh anda mengisi kembali nutrisi penting yang dapat melawan jangkitan dan keradangan. Timun, tomato, lobak merah, bayam dan kubis semua pilihan baik untuk diet anti-jerawat.
  • Krim Harian -Gunakan sedikit air mawar, air limau nipis, dan serbuk bawang putih. Campur bahan-bahan dengan minyak jelly petroleum. Lemon mengandungi vitamin C yang berfungsi untuk membersihkan kulit dan menghilangkan minyak.
  • Ubat gigi dapat mengurangkan pembengkakan pada kulit anda dan membuatnya terasa segar.
  • Lain krim jerawat anda boleh dibuat di rumah termasuk jus timun, jus karot, dan jus lemon.
  • Lain jerawat krim buatan sendiri yang boleh digunakan sebagai masker termasuk kuning telur, baking soda, dan madu. Campurkan dengan sedikit air. Guna sebagai masker dan bawa tidur. Anda akan dapat melihat perbezaan nya selepas mencuci muka keesokkan harinya. Masker ini berfungsi untuk membuka pori-pori, mengurangkan saiz jerawat.

Vitamin dan Mineral untuk Jerawat

Sila berunding dengan doktor sebelum mengambil suplemen kerana mengambil terlalu banyak vitamin atau mineral boleh menjadi racun dan sangat berbahaya.

  • Vitamin A - Retinoid, Contoh makanan yang diperkaya vitamin A adalah buah jeruk, lobak merah, tomato, labu kuning, dan labu. Vitamin A alam bentuk krim juga boleh disapukan ke kulit untuk menggalakkan pertumbuhan sel.
  • Vitamin C dan E - Vitamin C dan E untuk melindungi tubuh dan sifat antioksidan yang penting bagi kesihatan kulit.
  • Omega-3 Fatty Acids - asid lemak Omega-3 daripada minyak ikan, kromium, zing dan selenium merupakan zat gizi yang bersifat anti-jerawat.
  • Zing - Zing melindungi terhadap radiasi UV, meningkatkan penyembuhan luka, memberikan sumbangan untuk fungsi kekebalan tubuh dan neuropsikiatri, dan mengurangkan risiko relatif kanser dan penyakit jantung." Jadi, selain untuk kulit kita, Zing juga penting untuk sistem kekebalan tubuh.

 

sinus supplement


COPYRIGHT © 2011 SR Cosmetics. ALL RIGHT RESERVED SEO and Web Design by ACDRA Sdn Bhd