Apa itu Ekzema?

vitamins  vitamins 

Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.

Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia, paling umum pada bayi dan biasanya akan hilang selepas berusia 3 tahun. Tetapi ada juga yang mengalaminya seumur hidup. Mereka dengan masalah Ekzema sering mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah alergi lain, seperti Asma atau Alergi Hidung atau Resdung.

Ekzema tidak berjangkit, tetapi boleh diwarisi melalui keturunan.


Punca ekzema.

Doktor tidak mengetahui dengan tepat punca Ekzema, mungkin disebabkan abnormaliti (kepincangan) sistem imunisasi iaitu kelainan pada protein tertentu (seperti filaggrin) yang penting dalam mempertahankan permukaan kulit.

Eksema boleh terjadi di sebabkan beberapa perkara berikut:-

  • Alergi terhadap sabun, kosmetik, pakaian, bahan pencuci, barang kemas.
  • Alergi terhadap persekitaran yang menyebabkan reaksi alergi seperti tersilap makan.
  • Perubahan suhu atau kelembapan.
  • Stres atau tekanan perasaan.

Tanda-tanda Ekzema.

  • Kulit kering, merah dan gatal-gatal. Penampilannya berubah atau variasi dari orang ke orang.
  • Kadang-kadang, Ekzema boleh menyebabkan kulit melecet dan luka berdarah.
  • Ekzema juga boleh menyebabkan kulit kering dan bersisik. Menggaru berulang kali boleh menyebabkan klit menebal dan berkerak.

Ekzema biasanya berlaku pada wajah, leher, dan di bahagian siku, lutut, dan pergelangan kaki. Pada bayi, ekzema biasanya terjadi pada dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala, dan leher.


Apakah rawatan untuk Ekzema?

Tujuan utama rawatan adalah untuk mencegah gatal-gatal dan inflamasi (radang).

Perubatan selalu berdasarkan pada usia individu, status kesihatan secara keseluruhan, dan jenis atau tahap keparahan keadaan eksema nya.

  • Krim kortikosteroid kadang-kadang terpaksa digunakan untuk mengurangkan reaksi inflamasi (radang) pada kulit. Jika keadaan gatal sangat parah, antihistamin oral boleh diberikan. Dalam beberapa kes Ekzema yang akut, dos singkat kortikosteroid oral (seperti prednisone) disyorkan. Walaubagaimanapun penggunaan jangka panjang tidak digalakkan disebabkan oleh beberapa kesan sampingannya.
  • Terapi sinar Ultraviolet (fototerapi).

Rawatan di Rumah.

1.     Menjaga kulit dengan krim emollient (seperti Aqueous Cream yang boleh didapati di kebanyakkan farmasi) yang mengandungi kadar air yang rendah dan kadar minyak yang tinggi serta tidak mempunyai pewangi dan pewarna.
2.     Disarankan menggunakan krim emollient ini sebaik sahaja selepas mandi untuk menyekat kelembapan daripada hilang. Jangan kedekut krim, sapukan dengan banyak atau tebal-tebal. Jika kegatalan agak kronik, campurkan sedikit krim kortikosteroid dan gaulkan dengan krim emollient sebelum disapu pada badan.


Bagaimana Mencegah Eksema?

Meskipun tidak ada ubat untuk Ekzema, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mengurangkan keparahannya.

  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam
  • Gunakan sabun yang lembut, tiada bau dan buih
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, detergen, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekema.
  • Memakai baju longgar
  • Penggunaan kompres dingin untuk mengawal kegatalan.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan reaksi alergi.
  • Bersenam, meditasi, atau pengurusan stres-teknik dapat membantu mereka yang stres
  • Memakai sarung tangan pelindung untuk kegiatan yang memerlukan sering perendaman tangan dalam air;
  • Mengelakkan aktiviti yang membuat anda panas dan berpeluh serta perubahan mendadak pada suhu dan kelembapan;
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur, kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal dan kerengsaan

Vitamins dan Minerals untuk Ekzema

Vitamin A penting untuk:-

  • Kulit sihat, halus dan lembut.
  • Pertumbuhan tulang
  • Perlindungan dari selaput lendir di hidung, sinus, kelopak mata, mulut, tekak, perut dan saluran pencernaan, paru-paru, vagina dan rahim
  • Sifat antioksidan
  • Sistem kekebalan tubuh

Vitamin A boleh diperolehi daripada lobak merah, aprikot, labu, cili merah, brokoli, sayuran berdaun hijau, mangga dan ubi jalar, dandelion hijau, kale, susu, mentega, keju, kuning telur dan hati, tuna, mackerel, ikan-hati minyak

Vitamin C penting untuk :-

  • Pembuatan kolagen kulit
  • Antioksida untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh
  • Melawan Jangkitan
  • Membantu penyembuhan luka
  • Melawan jangkitan bakteria

Vitamin E penting untuk :-

  • antioksida
  • penyelenggaraan sel yang sihat

Inositol penting untuk

  • kulit dan rambut yang sihat

 

sinus supplement


COPYRIGHT © 2011 SR Cosmetics. ALL RIGHT RESERVED SEO and Web Design by ACDRA Sdn Bhd