Bolehkah Ezibreathe menghilangkan terus masalah Alergi Hidung atau Resdung saya?
Tidak, seperti ubat-ubatan lain, Ezibreathe hanya dapat melegakan gejala Alergi dan Resdung anda. Sehingga kini masih belum ada ubat di dunia yang dapat menghilangkan masalah Alergi atau Resdung.
Kalau setakat melegakan mengapa perlu saya mengambil ubat Resdung Ezibreathe? Baik saya ambil ubat lain pun sama jugakan?
Ya! Tetapi kebanyakan ubat lain dipasaran terutama ubat moden boleh mendatangkan kesan sampingan baik dalam jangkamasa pendek atau panjang.Ini adalah tidak baik terutama bagi kanak-kanak memandangkan mereka terpaksa bergantung dengan ubat secara berterusan. Sebaliknya Ezibreathe tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan dan boleh diambil berpanjangan.
Berapa lama perlu saya makan untuk melihat kesannya?
Bergantung kepada sistem pertahanan badan masing-masing. Jika gejala tidak teruk seperti kekerapan bersin, selesema (hingus berwarna cair dan jernih) dan hidung tersumbat, kesannya boleh dilihat selepas 15 minit. Tetapi jika gejalanya sudah teruk seperti hingus kuning kehijauan, batuk berkahak, sakit muka dan kepala, kesan hanya dapat dilihat selepas 2 ke 3 minggu. Ada juga selepas 2 atau 3 botol.
Bilakah waktu terbaik untuk mengambil EZiBreathe?
Waktu mulut kosong tanpa sebarang makanan atau minuman iaitu waktu pagi sebaik je bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.
Bolehkah saya mengambil EZiBreathe semasa perut kosong?
Ya! kerana EZiBreathe adalah dianggap seperti makanan.
Berapa biji perlu saya ambil sehari?
Mengikut sukatan yang tercatat di label botol atau bila perlu. Maximum 5 biji sehari untuk kanak-kanak 1 tahun ke 12 tahun dan 10 biji sehari untuk orang dewasa.
Perlukah saya terus mengambil EZiBreathe selepas Alergi Hidung atau Resdung saya pulih?
Ya! Kerana selagi anda terdedah dengan alergen (pencetus alergi), selagi itulah anda berisiko untuk mendapat semula gejala. Oleh itu, pengambilan EZiBreathe secara berterusan dapat mencegah gejala daripada terjadi. Anda hanya perlu mengurangkan dosnya kepada sebiji sehari sahaja atau bila perlu.
Adakah EZiBreathe akan memberikan sebarang kesan sampingan atau tindakbalas sementara?
EZiBreathe tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, EZiBreathe boleh menyebabkan tindakbalas sementara bagi mereka yang baru pertama kali mengambilnya, di mana gejala akan menjadi bertambah teruk selama 1½ 3 minggu seperti bersin, batuk dan banyak kahak dikalangan kanak-kanak, sementara dewasa selain daripada batuk dan banyak kahak, mungkin akan mengalami tindakbalas seperti pening kepala dan badan lemah. Anda tidak perlu risau, ini dipanggil 'healing crisis process' menandakan EZiBreathe sedang bertindak balas dengan sistem imunisasi. Ianya akan berakhir selepas 1 - 3 minggu.
Bolehkah saya mengambil EZiBreathe bersama dengan ubat lain?
Ya! Cuma jarakkan masa 1 ke 2 jam.
Bolehkah saya atau anak saya mengambil EZiBreathe jika menghidap Asma?
Ya! Tapi kurangkan dosnya kepada 1 biji sahaja sehari dan diambil selang sehari selama sebulan, kemudian mengikut sukatan di botol.
Bolehkah saya mengambil EZiBreathe jika selesema atau batuk saya disebabkan oleh jangkitan virus?
EZiBreathe tidak dapat membantu masalah selesema atau batuk yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Apakah pantang larang semasa mengambil EZiBreathe?
Tiada sebarang pantang larang, anda boleh menikmati semua makanan kegemaran anda seperti biasa.
Bolehkah saya mengambil EZiBreathe jika saya mengandung?
Ya! Selepas mengandung 3 bulan. Kerana EZiBreathe hanyalah garam galian dan tidak mengandungi steroid. Walaubagaimanapun anda boleh padatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.
Bolehkah saya mengambil EZiBreathe jika saya alah pada makanan laut?
Ya! Ambil 1 biji ½ jam sebelum dan 1 biji lagi ½ jam selepas makan makanan laut.
Apa yang diharapkan daripada AcClear?
Bergantung pada individu, ada yang cepat baik dan tidak berlaku tindakbalas sementara seperti jerawat keluar lagi banyak dan ada juga individu, di awal rawatan, jerawatnya akan keluar lagi banyak sebelum pulih. Jangan putus asa, itu bererti ubat jerawat AcClear sedang bertindak. AcClear memerlukan masa untuk bekerja kerana formulanya bertindak jauh ke dalam kulit iaitu punca masalah jerawat dan akne. Berikan masa sekitar 4 – 12 minggu untuk melihat perbezaan. Jika masih tiada perubahan selepas anda mencuba 3 botol, anda boleh berhenti dan ikhtiar dengan ubat lain. Ini bermakna formulasi AcClear tidak sesuai untuk anda
Bolehkah AcClear menghilangkan parut jerawat saya?
Tidak! AcClear tidak boleh menghilangkan parut jerawat. AcClear hanya membunuh kuman jerawat. Bagi menghilangkan parut jerawat anda perlu menggunakan krim penjagaan luaran kulit yang dapat memudarkan parut..