TIP MENGURUSKAN MASALAH ALERGI ANAK-ANAK
Kanak-kanak yang ada masalah alergi mungkin tidak memahami apa yang menyebabkan beliau bersin atau hidung berair. Sebagai ibu bapa, kita boleh membantu menjelaskan pada anak kita apakah yang membuatkan mereka kerap bersin dan langkah-langkah yang perlu diambil.
Mengenal pasti alergen yang mencetuskan gejala alergi anak anda dan mengajar anak anda supaya dia tahu apa yang harus dielakkan adalah langkah terbaik.
Ketahui perbezaan antara colds (jangkitan selesema) dan alergi. Kedua-duanya boleh menyebabkan bersin, hidung tersumbat, hidung berair dan mata berair. Selesema biasanya bermula dengan sakit tekak, manakala alergi boleh menyebabkan rasa gatal di tekak, mata, dan hidung. Selesema akan berlarutan selama 7 hingga 10 hari, sementara gejala alergi senantiasa ada selagi pencetusnya ada dipersekitaran.
Minta guru anak anda berbincang dengan kelas tentang masalah alergi supaya anak anda berasa lebih selesa.
Beritahu guru-guru anak anda, jurulatih dan penjaga seperti pengasuh tentang masalah alergi anak anda. Jelaskan apa pencetusnya dan ubat-ubatan yang diambil. Jika anak anda duduk berhampiran dengan papan hitam atau berdekatan tumbuh-tumbuhan di dalam bilik darjah yang boleh mencetuskan alerginya, minta guru untuk menukar tempat duduk mereka.
Legakan gejala-gejala alergi anak anda dengan antihistamin bukan sedating (tidak mengantuk) seperti EZiBreathe.
Jika anda keliru dengan gejala-gejala alergi anak anda, adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi.
Tanda dan Pencetus Gejala Alergi / Resdung
Di sini adalah sebahagian tanda yang anak anda mungkin mengalami alergi:-
Hidung berair - hingus biasanya berwarna jernih dan nipis.
Bersin - (selalunya lebih daripada tiga kali atau berturut-turut). Walaupun sesetengah selesema boleh menyebabkan bersin, bersin adalah lebih kerap jika seseorang mengalami alergi.
Alergi Mata - Gejala termasuk mata gatal, merah dan berair.
Alergi Shiners - lengkung gelap di bawah mata yang bengkak,mungkin disebabkan oleh hidung tersumbat.
Pernafasan melalui mulut - mereka yang ada masalah alergi sering bernafas melalui mulut mereka kerana hidung mereka kerap tersumbat.
Tanda dan Pencetus Gejala Alergi / Resdung
Tingkah laku anak-anak yang perlu diperhatikan!
Kebanyakkan kanak-kanak yang mengalami masalah alergi, tidak pandai menyuarakan rasa sakit atau tidak selesa mereka melalui kata-kata, jadi mereka menyuarakannya melalui perubahan tingkah laku di sekolah atau di rumah seperti cepat marah dan depresi, penat dan hilang konsentrasi di sekolah kerana tidak cukup tidur serta kerap tidak hadir ke sekolah disebabkan masalah alergi. Sesetengah kanak-kanak pula akan menjauhkan diri mereka daripada kawan-kawan kerana takut gejala mereka akan berjangkit.
Nota Untuk Ibu Bapa dan Penjaga.
Sesetengah minuman dan makanan, cuaca sejuk, habuk, kulat, rumput dan debunga yang meliputi persekitaran sekolah serta rumah, membuatkan sekolah dan rumah kadang-kadang boleh menjadi sebuah tempat yang tidak selesa untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah alergi.
Masalah alergi boleh menghalang mereka daripada mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan, seperti bersukan, bermain dengan haiwan kesayangan atau berjalan di luar. Ramai ibu bapa juga menyatakan kebimbangan yang anak-anak mereka mempunyai masalah menumpukan perhatian kepada kerja sekolah apabila alergi mereka menyerang.
Hampir 40 peratus kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah alergi, dan mereka kerap tidak hadir ke sekolah disebabkan oleh gejala-gejala alergi seperti gatal, mata berair, bersin, dan hidung berair.
Adalah penting untuk merawat gejala-gejala tersebut, agar kanak-kanak dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan fokus pada persekolahan tanpa gangguan alergi.
Itulah sebabnya EZIBREATHE disyorkan. Ia memberikan kelegaan daripada gejala-gejala alergi tanpa membuatkan anak anda merasa gelisah atau mengantuk.
|