Apakah itu Kaedah Rawatan Homeopati?

Kaedah rawatan Homeopati ialah memadankan simptom (gejala) penawar dengan simptom pesakit (simptom pesakit dan BUKAN simptom penyakit!). Prinsip ini di panggil “Prinsip Seraksi” atau ‘sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa’ (Principle of Similars atau Similia Similibus Curentur).


Sejarah Ringkas Homeopati

Pengasas Homeopati, Samuel Hahnemann, telah dilahirkan di Meissen berhampiran Dresden, Jerman pada 10 April 1755. Beliau mendapat ijazah perubatannya pada tahun 1779. Beliau juga terkenal sebagai pakar kimia, ahli mineralogy dan botani, malah beliau boleh dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.

Beliau begitu tertarik kepada tindakbalas ubat-ubatan di dalam menyembuh penyakit. Kajiannya tertumpu kepada kesan kulit pokok Cinchona (kulit kayu Quinine atau Peruvian) ke atas penyakit malaria kerana penyakit berkenaan merebak luas ketika itu dan antara yang paling merbahaya. Walaupun ada penulisan di masa itu berhubung kuasa penyembuhan kulit pokok Chinchona, tetapi Hahnemann tidak begitu berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian sendiri ke atas manusia yang sihat – iaitu dirinya sendiri. Hasilnya, selepas mengambil dos kulit pokok berkenaan secara berterusan, beliau mendapati simptom (gejala) malaria pada dirinya seperti kesejukkan, panas dan berpeluh serta gejala-gejala sampingan lain. Dengan lain perkataan, kulit pokok Cinchona yang digunakan sebagai penawar (ubat) untuk menyembuhkan malaria juga memberikan kesan (gejala) yang sama jika diberikan secara berterusan kepada manusia yang sihat. Penemuan prinsip rawatan ini yang dipanggil “Similia Similibus Curentur” di dalam bahasa Latin atau “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa” menandakan permulaan satu falsafah perubatan baru yang akan membawa kesan besar kepada dunia perubatan.

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Hahnemann bersama teman seperjuangannya dan akhirnya beliau berjaya membukukan falsafah perubatan Homeopati di dalam bukunya yang terkenal bertajuk “Organon”, dan diikuti kemudian dengan terbitnya buku panduan perubatan Homeopati pertama “Materia Medica Pura”. Kemajuan Homeopati berjalan dengan pesat dengan banyak lagi penemuan baru dan penerbitan buku-buku panduan, dan telah berkembang ke serata dunia dan terus dipopularkan sebagai rawatan alternatif penting hari ini.

Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat sepanjang zaman.


Keistimewaan Homeopati

Sejak sekian lama Homeopati telah terbukti hebat dan berkesan di dalam memperbaiki tahap kesihatan bukan saja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Secara ringkas, antara kelebihannya ialah:

i. Efektif – mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
ii. Natural – tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan asli daripada tumbuhan, galian dan bahagian binatang.
iii. Selamat – penawarnya tidak toksid dan tanpa kesan sampingan.
vi. Tidak Melarat – penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan BUKAN mengambilalih tugasnya.
vii. Dos Minima – dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
ix. Saintifik – walaupun banyak salah faham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
x. Harga Berpatutan – harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.

 

sinus supplement


COPYRIGHT © 2011 SR Cosmetics. ALL RIGHT RESERVED SEO and Web Design by ACDRA Sdn Bhd