Siapa Kami?
Syarikat Natural Med Resources dahulunya dikenali sebagai SR Cosmetics ditubuhkan di Pejabat Pendaftar Perniagaan Kuala Lumpur pada 31 Julai 2001. Ianya ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan sebagai pengeluar dan pengedar produk kecantikan dan kesihatan umum.
Pada mulanya, SR Cosmetics hanya menjadi pengedar produk yang dimiliki oleh syarikat lain dan hanya pada pertengahan tahun 2007, SR Cosmetics mula mengeluarkan produk pertamanya sendiri iaitu produk kesihatan berjenama EZiBreathe. EZiBreathe bertujuan untuk melegakan gejala alahan hidung, sinusitis (resdung), asma serta sebarang masalah yang berkaitan dengan pernafasan.
EZiBreathe dijual secara kecil-kecilan di tapak-tapak gerai yang disewa di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bermula dari sinilah, disebabkan terbukti keberkesanannya, pengguna EZiBreathe semakin bertambah.
Melihatkan permintaan yang menggalakkan daripada pengguna, SR Cosmetics mula mencari pengedar bermula April 2008 untuk membantu memasarkan EZiBreathe di peringkat nasional.
Nama SR Cosmetics kemudiannya ditukarkan kepada Natural Med Resources pada 03 November 2011 bersesuaian dengan misinya.
Misi Kami
Kami memahami homeopati dan keluarga. Hasilnya, kami komited untuk mengkaji dan menghasilkan produk berasaskan homeopati, didapati daripada sumber semulajadi bumi, yang serasi dengan tubuh manusia, tanpa mendatangkan kesan sampingan jangka masa pendek atau panjang, serta sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.
Perihal Pemilik
Pemilik perniagaan berdaftar ialah Pn. S. Rosmawati binti S. Zahir. Beliau berumur 39 tahun dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kecantikan serta kesihatan. Beliau mepunyai kelulusan di dalam bidang pengurusan, kesetiausahaan serta kecantikan.
EZiBreathe terhasil daripada pengalaman beliau sendiri yang telah lebih 20 tahun mengidap alahan hidung dan resdung. Pelbagai kaedah dan rawatan telah dicuba, daripada tradisional ke moden.Kini penyakitnya diwarisi oleh kedua-dua anak perempuan beliau. Khuatirkan kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil lebih-lebih terhadap anak-anak beliau, beliau mencari alternatif lain yang lebih selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan untuk merawat masalahnya.
Bermula di laman web, beliau mempelajari kaedah rawatan homeopati dan mencubanya. Alhamdullilah, selepas 5 tahun membuat penyelidikan dan percubaan dengan dibantu oleh doktor pakar tempatan, hasilnya gejala alahan hidung dan resdung beliau serta anak-anaknya berkurangan dan dapat dikawal.
Lebih penting, EZiBreathe dihasilkan 100% daripada sumber semulajadi dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan, baik untuk jangka masa pendek ataupun panjang. Daripada situ beliau mula menjual EZiBreathe secara kecil-kecilan agar dapat berkongsi bersama menafaatnya dengan pengguna yang lain.
Sepatah Dua Kata Daripada Pengarah Urusan.
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera! Sebagai penghidap Resdung dan mempunyai tiga orang anak yang juga mengalami masalah Alergi dan Eksema, saya faham bagaimana rasanya hari-hari yang terpaksa dihadapi oleh keluarga anda, memang tidak selesa. Sedikit sebanyak saya berharap pengambilan EZiBreathe dapat membantu melegakan gejala Alergi dan Resdung keluarga anda. Saya tak katakan yang EZiBreathe boleh melegakan gejala semua orang. Seperti juga ubat lain, ada yang sesuai, ada yang tidak sesuai dengan kita. Apa apa pun kita mesti cuba dan berikhtiar.
Selamat Mencuba!
|