APAKAH ITU RESDUNG (ISTILAH SAINTIFIK SINUSITIS)?
Resdung (singkatan perkataan resah hidung) adalah radang pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan masalah Alergi Hidung yang berterusan.
APAKAH TANDA-TANDA RESDUNG?
Hidung selalu tersumbat
Lendir dari hidung dan tekak
Hingus berwarna kuning kehijauan
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala Alergi Hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya yang berterusan.
KOMPLIKASI RESDUNG
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah atau asma
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
APAKAH PUNCA RESDUNG?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.
Rongga-rongga udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Terdapat 4 rongga sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla.
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphenoid
Rongga-rongga sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi rongga tersebut dengan hidung.
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan radang atau bengkak didalam lapisan hidung yang kemudiannya akan menutup pintu sinus.
Resdung juga boleh disebabkan oleh:-
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
Jangkitan pada gigi geraham atas. Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
Genetik (keturunanan). Jika keturunan anda mempunyai masalah alahan atau alergi yang lain berkemungkinan anda juga boleh mewarisi penyakit alahan dan resdung.
TERDAPAT 2 JENIS RESDUNG IAITU:-
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara tanda-tandanya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Antara tanda-tandanya ialah :
Sakit pada bahagian muka yang teruk
Kerap bersin pada waktu pagi
Ada kalanya hidung tersumbat
Tanpa demam tetapi hingus bertambah
Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
Hilang deria rasa dan bau.
Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
BAGAIMANA MERAWAT RESDUNG?
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
- Rehat yang cukup
- Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
- Makan ubat penahan sakit ( panadol)
- Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
- Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:
- Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
- Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
- Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.
BAGAIMANA HENDAK MENCEGAH RESDUNG?
Pesakit perlu mengetahui sendiri apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka mendapat alahan atau resdung dan cuba menghindarinya sebagai langkah pencegahan. Contoh-contoh langkah pencegahan adalah:-
- Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
- Pastikan kelembapan di rumah baik
- Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara Hepa
- Berhenti merokok
- Hindari alkohol
- Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.
RAWATAN DIRUMAH.
Minum banyak air membantu untuk mencairkan lendir.
Jauhi produk tenusu. Beberapa doktor percaya bahawa produk susu, termasuk susu, keju dan bahkan ais krim, sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak lendir terbentuk.
Suplemen Zing untuk membantu memendekkan jangkamasa jangkitan.
Makan makanan yang kaya antioksida. Makanan ini termasuk berry, brokoli, tomato, bawang putih, anggur merah dan bayam yang membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat mengelakkan jangkitan sinus.
Cuba terapi stim untuk sinus anda. Wap boleh membantu melonggarkan rongga sinus dan memudahkan mukosa bergerak melalui sinus.
Tekapkan tuala suam kemuka untuk membuka rongga sinus.
Sapukan kompres sejuk pada dahi dan daerah sinus bagi meringankan sakit kepala sinus.
Suplemen untuk memastikan badan anda mendapatkan nutrisi yang tepat setiap hari contohnya suplemen kalium akan membantu mengeringkan lendir.
Tambah cuka sari apel untuk wap wajah anda. Anda juga boleh meminumnya dilarutkan dalam air untuk membantu jangkitan sinus yang baru mulai.
Guna minyak kayu putih atau peppermint ekstrak disapu ke batang hidung. Salah satu cara boleh ditambah ke stim.
Untuk tidur yang lebih baik selama serangan serangan sinus, minum secawan teh sebelum tidur. teh Chamomile sangat berguna untuk menenangkan tubuh dan fikiran sebelum tidur.
Kaedah di atas dapat mengurangkan penggunaan ubat ubat moden yang mempunyai kesan negatif jangka panjang pada tubuh dan cenderung kehilangan keberkesanan jika terlalu sering diambil.
|