|
Melihatkan permintaan yang menggalakkan daripada pengguna, SR Cosmetics mula mencari pengedar bermula April 2008 untuk membantu memasarkan EZiBreathe di peringkat nasional.
MISI
SR Cosmetics memahami homeopati dan kami memahami keluarga. Hasilnya, SR Cosmetics komited untuk mengkaji dan menghasilkan produk berasaskan homeopati, yang didapati daripada sumber semulajadi bumi, yang serasi dengan tubuh manusia, tanpa mendatangkan kesan sampingan jangka masa pendek atau panjang, serta sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.
PERIHAL PEMILIK
Pemilik perniagaan berdaftar ialah Pn. S. Rosmawati binti S. Zahir. Beliau berumur 39 tahun dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kecantikan serta kesihatan. Beliau mepunyai kelulusan di dalam bidang pengurusan, kesetiausahaan serta kecantikan.
EZiBreathe terhasil daripada pengalaman beliau sendiri yang telah lebih 20 tahun mengidap alahan hidung dan resdung. Pelbagai kaedah dan rawatan telah dicuba, daripada tradisional ke moden.Kini penyakitnya diwarisi oleh kedua-dua anak perempuan beliau. Khuatirkan kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil lebih-lebih terhadap anak-anak beliau, beliau mencari alternatif lain yang lebih selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan untuk merawat masalahnya.
Bermula di laman web, beliau mempelajari kaedah rawatan homeopati dan mencubanya. Alhamdullilah, selepas 5 tahun membuat penyelidikan dan percubaan dengan dibantu oleh doktor pakar tempatan, hasilnya gejala alahan hidung dan resdung beliau serta anak-anaknya berkurangan dan dapat dikawal.
Lebih penting, EZiBreathe dihasilkan 100% daripada sumber semulajadi dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan, baik untuk jangka masa pendek ataupun panjang. Daripada situ beliau mula menjual EZiBreathe secara kecil-kecilan agar dapat berkongsi bersama menafaatnya dengan pengguna yang lain.
|